News

Check out market updates

Ejen Hartanah Eksklusif Untuk Menjual Rumah

Ejen Hartanah Eksklusif dan Ejen Hartanah biasa, masih ada yang salah faham untuk melantik seorang Ejen Hartanah secara eksklusif. Saya berikan DUA SITUASI untuk memudahkan pemahaman anda:

Situasi 1: Ejen Hartanah Biasa

Irwan mahu menjual rumah teres miliknya. Dia mengiklannya sendiri dan juga menghubungi Ejen Hartanah secara rawak melalui internet. Dia pun tak tahu tentang adanya khidmat melantik Ejen hartanah secara eksklusif. Perkataan ‘Eksklusif’ itu pun sudah cukup gerun; takut-takut dikenakan sebarang bayaran dan syarat-syarat yang tidak munasabah pula!

Ejen-ejen Hartanah yang dihubungi pula tidak berikan kerjasama sepenuhnya. Sebab Ejen-ejen tersebut sibuk memberikan tumpuan kepada pelanggan eksklusif mereka sahaja. Rumah Irwan cuma dibuat secara sambilan. Kalau ada, ada lah. Tak perlu jadikan keutamaan. Semua ejen yang dihubunginya juga tidak berani melaburkan masa dan wang untuk mempromosikan rumah tersebut.

Irwan mungkin boleh jual rumah tersebut dengan sendiri. Atau mungkin juga melalui Ejen Hartanah. Tetapi ianya akan mengambil masa yang lama dan mungkin bertahun. Kalau Irwan menjual dengan sendirinya, dia perlu tahu segala perundangan berkaitan rumah dan juga proses pinjaman bank yang boleh memakan masa 4 bulan ke setahun. Atau mungkin bertahun-tahun!

Situasi 2: Ejen Hartanah Eksklusif

Delisha mahu menjual banglo miliknya di Bandar Baru Sri Klebnag . Delisha meminta nasihat Baizura seorang Ejen Hartanah di Ipoh, Perak. Baizura beri penerangan begini kepada Delisha…

Kalau Delisha lantik Baizura sebagai Ejen Hartanah Eksklusif, Baizura akan:

  1. Pergi memeriksa lokasi dan keadaan rumah
  2. Ambil gambar, video untuk tujuan promosi
  3. Mengupah penyunting video dan pereka grafik untuk ‘online marketing
  4. Menggunakan platform iklan berbayar dan percuma di internet
  5. Bekerjasama dengan semua Ejen Hartanah, termasuk dari syarikat hartanah lain
  6. Bawa semua mereka yang berminat ke rumah Delisha
  7. Berurusan dengan pihak bank, ejen mortgage dan juga Peguam Hartanah
  8. Penyerahan kunci kepada pemilik baru

Delisha tidak perlu keluarkan wang sesen pun untuk dapatkan senarai khidmat di atas. Sebabnya segala kos ditanggung oleh Baizura. Baizura yang keluarkan duit poket Baizura sendiri sebagai modal permulaan.

Sebenarnya status ‘eksklusif’ ini lebih kepada memudahkan Baizura melakukan kerja dan membuat keputusan. Dalam apa jua urusan pun, Baizura akan membuat keputusan dengan cepat dan tepat untuk memastikan rumah Baizura berjaya dijual.

Dengan dua situasi ini, saya harap dapat menjawab persoalan mengapa perlu menggunakan khidmat seorang Ejen Hartanah secara Eksklusif.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.